snoww..

Pilot purple.

>> Saturday, June 16, 2012

✫ Assalamualaikum? ღ


Dengan pening kepala post ni dicatat. Naik cuti dah ada quiz... serius.. math memang awal2 ni senang tapi kalau cuai, affect dia pada students.. Kalau nak tahu dekat matrik ni yang paling kena elak Bercinta n berkenal kenalan dengan another . macam anim memang tak nak terjebak langsung, anim selalu fikir Mak ayah.. family n Hero, why Hero??
sebab dia penting dan yang paling penting dia buat anim bersemangat nak capai 4.0 . Dia hard working...!!! sem 1 n 2 dia dapat kekalkan result yang baik. 29/5 hari tu anim telefon dia tanya result. alhamdulillah dia memang boleh jadi contoh pada anim.Anim sekarang tak contct dia selagi anim tak capai sekurang kurangnya 3.5 keatas.. doakan Anim ye. . Anim rindu dia.

Anim tahu teacher kesayangan kita pindah. sebab anim datang pada hari anugerah yang lepas untuk bagi hadiah pada tcer.
Matrik memang mencabar. awal2 orentasi ari tu paling penat rasanya. sangat pack anim langsung xsentuh nasi atau makanan yang berat sebab masa yang terhad. time orentasi pun dah kena buat sketsa . .Now, alhamdulillah semuanya okey.
Minggu kedua Anim dekat matrik kuliah dah bermula.. truely sad... sebab Pilot anim hilang. serius masih mencari... manalah si Pilot tu pergi...
(fadhil tahu tak yang anim beli dua pensil tu dulu. satu anim bagi fadhil. satu lagi anim guna.Now, dah tak ada. sedih nya...)

Tahun ni 1st time jugak anim nya birthday merupakan hari yang memerlukan anim kekelas..  Tersangat sedih bila kawan2 matrik tak ingat tapi terharu jugak bila roomate nyanyi kan anim lagu .. ish.. rasa malu pulak time tu dah tua dah nampaknya. tapi tak kesah la.. Anim sendiri lupa birthday anim . betul. Anim zul yang ingatkan anim. hehehe... then, kalau nak tahu kat sana ramai sangat budak kelantan. classmate anim awal2 dulu de 16 orang dan just 6 orang je bukan budak kelantan. nampaknya anim akan ada bahasa kedualah lepas ni. jangan terperanjat kalau anim kecek kelate. hehehe, roomate pulak 2orang kelantan dan sorang orang negeri.. huh... 1st time jumpe dah mesra.. alhamdulillah..

Kat sini Anim tak ada masalah untuk bangun pagi. hehehe selalu anim lah yang jadi jam loceng roomate anim... pagi jam 7.30 pagi kluster dah kena kosong kan.. ade sekali tu semangat punya pasal keluar pukul 6.45 pagi... hehehe... tempat dia besar. 1st time jejak kaki rasa macam sesat je.. (kelakar ingat balik hari daftar hari tu. Anim just ikut je arrow yang ade.. keluar daripada bangunan blur2 je.. tak tahu nak tuju mana... time tu risau sesangat .." dah sesat ke ni... aduh.. battery phone dah low... nyesal tak charge kat rumah. " cakap dalam hati je lah mampu .. dengan kelibat mak ayah n angah xada. terpaksa jugak cari jalan sendiri. dapat dorm macam genting highland pulak tu.. macam rumah orang kaya atas bukit .. sangat seram pandang tangga ke kluster C1 tu...


Kalau fadhil tanya pasal cara belajar anim akan cakap apa yang Hero pernah cakap pada anim. just jumpa cikgu2 yang kita yakin dapat bagi explaination kat kita. bukan je jumpe untuk tanya certain soalan.. kalau boleh ambik kerusi buat depan dia time kita buat latihan tu..^^,  terus tanya kalau was2.. serius dekat sekolah time kelas sangat membantu.. tapi kat sini time kuliah xdapat membantu kita . cume time tutor kita dapat tanya cikgu tu pon mungkin bincang sikit2 je. Better jumpa cikgu2 kat unit je.. Rasanya kalau tak cakap pun fadhil sure tahu pasal tu semua kan. Anim mula takut bila nampak orang lain study. Kalau duduk sini serius selangkah keluar daripada pintu pagar rasa nak jerit i'm free!!!



Tiap kali melangkah atau duduk memang otak fikir nak study.. serius .!! bila riadah , hati dah mula rasa nak masuk bilik n study . Anim dah lah low. tak kan tak nak study. ... memang 4.0 tu terbanglah kalau leka. Ingat ye jangan pernah lupakan apa yang kita study time spm dulu.. serius sangat berguna kat sini. sem ni anim koko. Dapat skuasy , perh.. tak pernah terfikir pasal permainan tu.

='(

Baru2 ni dapat mesej daripada fadhil. menang nak balas tapi anim baru baca lewat malam. so, rasa bersalah pulak kalau balas. takut ganggu fadhil. kat sana paling awal anim tidur pukul 12.30 pagi. ingat lagi hari khamis minggu lepas . Penat sangat. Huh... Kawan dorm yang lain dapat tidur awal selalunya sebab diaorang dah tukar modul 1 kepada 3. anim ambil rasiko untuk teruskan fizik.. hehehe.. orang lain sume nak elak kan fizik tu..  anim memang nak stay dan setia pada modul 1. sebab kalau Hero boleh ambil sume 4 subjek tu kenapa Anim tak ... anim ade masa untuk dapatkan 4.0 tu dengan bersyarat. (extra sibuk n extra kurang masa rehat n extra coffee...mungkinlah)
Anim try hidup dengan baik kat sana. berbekalkan pesan mak ayah , semangat hero, nasihat orang terdekat. Kadang2 tu time tengah buat keje pagi2 anim ada teringat balik kenangan time sekolah dulu. ada jugak Fadhil datang menerjah pagi anim. Miss sangat time tu. Pepun Maaf sebab tak balas langsung mesej fadhil tu. jangan risau Just sent mesej if you need me. tu pun kalau sudi.


anim pon tak bercadang memanjangkan post ni. sebab anim risau quiz yang bakal anim jawab nanti. i want to be Genius . Genius.genius ..genius.. "mencapai nilai dan skor" macam dalam lagu KMNS. InsyaAllah kalau Fadhil apply KMNS kita boleh jumpa lagi. sebab anim kan dekat sana 2 tahu. so, boleh graduate sama. hehehe.. rasa kelakar lak fikir balik.
kali terakhir kot pegang Pilot tu..

P/S:  Belajar hari ni Faham hari ni. miss u when searching myPilot. huhuhu.. (sekali dapat taip post panjang betul..  ^^,)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP